Sebagai menghormati Tahun Terumbu Karang Antarabangsa 2008, Reef Check memohon agar anda menandatangani Deklarasi Hak-hak Terumbu Karang kami seperti di bawah. Kami ingin mengemukakan Deklarasi ini pada Januari 2009 kepada semua negara yang mempunyai terumbu karang bersama dengan senarai nama satu juta orang. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menunjukkan tingginya nilai terumbu karang dan menggalakkan semua orang dan kerajaan untuk menyokong pemuliharaan terumbu karang. Selepas membaca perjanjian ini, sila isi borang di bawah dan galakkan juga kawan-kawan anda. Anda mesti memasukkan nama penuh, negara dan email- tetapi jika anda ingin mengetahui maklumat semasa mengenai Deklarasi ini dan terumbu-terumbu karang, sila isi borang dengan lengkap. Terima kasih kerana menyokong hidupan terumbu-terumbu karang.
Deklarasi Antarabangsa Tentang Hak-hak Terumbu Karang
Kesemua terumbu karang mempunyai hak untuk bebas daripada:
- Aktiviti penangkapan ikan berlebihan dan cara penangkapan yang salah
- Pencemaran
- Kepudaran warna dan keasidan lautan yang disebabkan oleh manusia
- Kerosakan yang disebabkan penyelam-penyelam dan pemandu-pemandu bot
- Kerosakan akibat rancangan kemajuan persisiran pantai yang kurang baik
- Penyakit pada karang
Sebagai penghargaan kepada hak-hak ini, saya berjanji akan:
- Memastikan makanan laut saya adalah hasil tangkapan yang mapan dan saya hanya akan memakan sumber ikan dan kerang-kerangan yang diurus dengan baik dan menggunakan cara yang betul
- Menggunakan produk-produk yang tidak akan mencemarkan laut dan menghapuskan semua bahan buangan dengan sempurna
- Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan menyokong usaha untuk meminimakan perubahan iklim dunia
- Tidak mengganggu, memusnahkan atau memungut karang-karang dan hidupan terumbu yang lain
- Bertanya pada pengendali kapal, kapal pelayaran, hotel-hotel, restoran-restoran di kawasan terumbu karang mengenai dasar mereka terhadap perlindungan terumbu karang dan sokongan terhadap latihan dan perniagaan yang tidak merosakkan karang
- Mengawasi pengendali kapal yang menggunakan sauh agar berlabuh jauh dari tempat hidupan terumbu karang
- Menyokong pembangunan mesra persekitaran yang tidak memusnahkan terumbu karang
- Menyokong usaha kerajaan untuk memperbaiki perawatan bahan kumuh, menggalakkan latihan penggunaan tanah secara mapan serta melindungi kawasan persisiran pantai dan terumbu karang
- Menggalakkan kawan-kawan dan ahli keluarga untuk menandatangani DEKLARASI ANTARABANGSA HAK-HAK TERUMBU KARANG ini
Sebagai penghuni di bumi, saya berjanji untuk mematuhi prinsip-prinsip DEKLARASI ANTARABANGSA HAK-HAK TERUMBU KARANG ini